Napie Moksin
Professional Artist – Wedding – Underwater Studio Photographer

Apr30

Wedding photographer..kerjaya yang tidak berbaloi jika…

…………..semua kos yang terlibat dipandang remeh.

Jika dinilai semula selama ini kita dah banyak merugikan dan membazirkan masa.Panduan mengira kos di bawah adalah untuk mana-mana photographer terutama yang terlibat dlm industri perkahwinan tidak kira samada newbie, semi newbie, semi professional mahupun professional. Panduan di bawah sebenarnya masih belum lagi terperinci kerana masih terdapat lagi kos-kos hidden lain yang kita tidak sedari.Tetapi cukuplah jika kita ambil kira dengan hanya seperti yang saya sebutkan di bawah saja, itu sudah cukup selama ini merugikan kita apalagi jika mengambil kira kos-kos hidden yg lain..lagi lagi lagi rugilah kita. Belum lagi ditambah jika ada diskaun diberi atau harga kawan-kawan. Bayangkan jika 1000 kawan-kawan anda nakkan harga kawan-kawan. Kawan/customer sentiasa tersenyum saja. Jika kita mengikut panduan di bawah pasti customer tidak banyak pilihan untuk lari..lari ke sana harga mcm ni, lari ke sini harga mcm ni..pendek kata sana sini harga lebih kurang je.Maka akan berlakulah persaingan kualiti. Customer mungkin lebih pening untuk membuat pilihan .
Walaupun masih newbie dan baru belajar bertatih dlm industri, itu bukan bermakna kita tidak boleh caj lebih sedikit.Caranya ambil kira semua panduan mengira kos di bawah dan selepas itu tambahkan saja berapa rate anda mengikut level anda.
Sbg contoh:- Jumlah kos RM1300, saya newbie jadi sy nak letak rate gaji RM500 per event,jika 2 event maka pakej saya berharga RM2300. Saya pula semi-pro jadi saya nak letak rate gaji RM800 per event,total 2 event RM2900.Manakala saya pula professional jadi saya nak letak rate gaji RM1500 per event,total 2 event RM4300. Jika saya professional tahap gaban atau dewa pula saya nak letak rate gaji RM3000 per event,total 2 event RM7300 and so on. Sedangkan tangga gaji bagi diploma,ijazah,master dan phd pun berbeza kan?hehe
*P/S: Jika kita mengambil kira segala kos mungkin harga pakej fotografi di pasaran bagi level newbie tidak boleh kurang dari RM2500 utk dua event Nikah Sanding dan hanya satu custom album sahaja tidak termasuk sesi outdoor.

 

Mari sama -sama kita lihat kos-kos yang terlibat:-

- Deal dgn customer
Jika bukan di office/studio anda (Kos minyak dan tol perjalanan pergi balik, panggilan telefon/sms dan makan minum)

 

- Hari Majlis
a. kos minyak dan tol perjalanan pergi balik ke/dari lokasi, panggilan telefon/sms

b. kos yg sama akan bertambah jika majlis berlangsung lebih dari dua hari

c. gaji anda mengikut level masing-masing. Berapakah nilai gaji anda bekerja, memerah otak, berpeluh ke sana ke mari selama tiga,empat,lima dan enam jam atau lebih dari itu untuk satu event?

d. nilai gaji yg sama akan berganda jika lebih dari satu event

e. gaji second photographer anda

f. sesi outdoor – gaji anda mencari idea,art direction,posing,penggunaan props dan bekerja selama satu,dua ,tiga jam atau lebih termasuklah kos minyak,tol,makan minum pergi dan balik ke lokasi dll.

g. kos perjalanan pergi dan balik luar kawasan minyak,tol,penginapan,makan minum mengikut hari dll

 

- Selepas Majlis
a. sudahkah anda mengambil kira jumlah keseluruhan kos eletrik mengikut jumlah jam anda bekerja bermula dari proses review hingga album siap?

b. gaji anda dlm proses review dan memilih gambar terbaik utk di print. Mungkin total gambar 700,800,900,1000 atau mungkin juga 2000 keping atau lebih

b. custom album – ini adalah part paling kompleks bg seseorang photographer/designer
- gaji anda untuk proses ‘post processing’ setiap sekeping gambar
- gaji anda design untuk setiap muka surat 10pgs,20pgs,40pgs atau lebih
- gaji anda design cover album
- kos print dan kos minyak/tol perjalanan pergi balik menghantar soft copy
- kos minyak dan tol perjalanan pergi balik mengambil album yg sudah siap

c. sticky album – gaji anda untuk proses ‘post processing’ setiap sekeping gambar 200pcs,300pcs
atau 400pcs
- gaji anda design cover album (jika ada)
- kos print dan kos minyak/tol perjalanan pergi balik juga kos membeli album
beserta kos minyak/tol perjalanan pergi balik jika berlainan tempat

d. enlarge foto + frame – gaji anda utk proses ‘post processing’
- kos print dan frame beserta kos minyak/tol perjalanan pergi dan balik

e. dvd soft copy – kos dvd + cover beserta gaji anda design cover dvd (jika ada)

 

- Deliver album
Jika bukan di office/studio anda (Kos minyak dan tol perjalanan pergi balik, panggilan telefon/sms dan makan minum)

 

 

Napie Moksin

Professional Artist,Wedding & Underwater Studio Photographer
+6017-320.2044
Email: napie@napiemoksin.com

www.napiemoksin.com
blog.napiemoksin.com
twitter
facebook

A Members Of

Share
Posted by napiemoksin under Tutorial | Permalink | No Comments »
Apr12

Underwater Pre/Post Wedding Promotion

Book Napie Moksin as your wedding photographer now and get a special offer for an underwater pre or post wedding.

 

 

Your underwater makeup,wadrobe and accessories by Diana Hafiz Bridal & Studio

 

 

GRAB IT NOW!!!!

 

Napie Moksin

Professional Artist,Wedding & Underwater Studio Photographer
+6017-320.2044
Email: napie@napiemoksin.com

www.napiemoksin.com
blog.napiemoksin.com
twitter
facebook

A Members Of

Share
Posted by napiemoksin under Promo, Underwater | Permalink | No Comments »
Apr5

Underwater Studio – Talents Portfolio

Salam..

Ini adalah sesi underwater studio yang pertama dalam tahun ini. Sesi dimana saya offer kepada semua para talents tidak kira samada lelaki/perempuan/freehair atau bertudung untuk membuat portfolio masing-masing. Di dalam sesi ini saya tidak memberi mereka sebarang latihan. Jadi agak mencabar juga untuk para talents melakukan aksi yang tidak pernah dilakukannya seumur hidup. Mereka tidak diberi bantuan oksigen kerana mereka hanya perlu ‘naik turun naik turun’ di tepi wall kolam sahaja. Sesi kali ini saya telah berendam selama 9 jam iaitu dari jam 1 ptg hingga 9 mlm. Sejuk?Tak boleh nak kata lah..hanya mereka yang terlibat sahaja yang dapat melihat keadaan saya ketika itu. Tapi mujur saya tidak mengalami selsema dan demam kerana sebelum pergi ke lokasi saya telah pun mengambil sepaket supplement berjenama MAVELLOUS yang memang sangat mabelessss. Bukan sahaja dapat mengekalkan kulit dari tua tapi memberi kan saya tenaga.
Photoshoot kali ini telah disertai oleh Hafizah Hani, Carol, Alisha, Abby dan paling istimewa didatangkan khas dari Jakarta iaitu Yuli Astuti seorang pelakon sinetron Nada Cinta. Seperti tidak percaya yang beliau sanggup terbang ke Malaysia untuk menyertai photoshoot underwater saya kali ini. Katanya dia selalu mengikuti perkembangan saya di facebook terutama dalam underwater ini. Terima kasih buat Yuli. Saya sangat menghargainya. Hafizah Hani….tiada masalah ketika sesi dilakukan kerana beliau pernah melakukannya bersama saya sebelum ini. Carol pula ini adalah pengalaman pertama walaupun tidak begitu mahir berenang. Tetapi beliau terus mencuba dan ketika mula-mula beraksi memang kelihatan beliau begitu janggal. Alisha juga ini adalah pengalaman pertama. Pada mulanya masih kelihatan sukar tetapi setelah dalam tempoh 20 minit beliau dapat mencari rentak dan gaya. Abby satu-satunya talent yang bertudung,tidak tahu swim dan takut pada air. Tetapi beliau mempunyai semangat dan keinginan yang tinggi untuk mencuba walaupun ketika photoshoot dijalankan,beliau hampir-hampir muntah. Yuli Astuti sememangnya berbakat walaupun tidak pernah melakukan photoshoot di bawah air walau di Jakarta sekalipun dan saya tiada masalah langsung ketika bekerja dengannya.

Satu lagi pengalaman yang tidak dapat saya lupakan adalah inilah buat pertama kalinya saya photoshoot baby di dalam air. Kebetulan sahabat kepada pembantu saya datang untuk melihat dan membawa bersama anak buah nya. Jadi saya terangkan kepada beliau tentang fitrah baby yang sememangnya ajaib kerana kebolehannya menahan nafas dan berenang tanpa di suruh. Dan semua yang ada di situ sama-sama dapat menyaksikan keistimewaan yang ada pada baby. Mungkin selama ini mereka hanya melihat di majalah, kaca tv atau internet tapi kali ini live depan mata mereka. Malangnya photoshoot tidak dapat dilakukan dengan lebih lama kerana baby tersebut telah menangis kerana takut melihat saya memakai google dan keduanya tiba-tiba dimasukkan dalam air hihi. Sebenarnya untuk lebih menarik baby tersebut harus selalu di bawa swim supaya ia lebih tenang di dalam air.

Saya juga berpeluang photoshoot pasangan Hafiz dan Diana yang kebetulan adalah hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 6. Semoga terus kekal hingga ke akhir hayat.

Akhir kata saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama pembantu saya dan juga untuk semua para talents yang menyokong saya. Tidak lupa kepada penaja pakaian Yuli iaitu Siti Aisyah Masri

 

 


Yuli Astuti – pelakon sinetron Nada Cinta yang mendapat sentuhan makeup Diana Hafiz Bridal & Studio dan mendapat tajaan pakaian dari Siti Aisyah Masri

 


Carol

 


Alisya yang sedang di makeupkan oleh Diana Hafiz Bridal & Studio

 


Pembantu saya Nadzrul Jefri sedang membantu Diana membetulkan rambut Yuli Astuti

 


Carol in action

 

 

Photoshoot baby :-)

 

 

Beberapa hasil dari sesi photoshoot


Hafizah Hani


Carol


Yuli Astuti


Yuli Astuti


Alisya


Abby Yusof

 

 

Napie Moksin

Professional Artist,Wedding & Underwater Studio Photographer
+6017-320.2044
Email: napie@napiemoksin.com

www.napiemoksin.com
blog.napiemoksin.com
twitter
facebook

A Members Of

Share
Posted by napiemoksin under Photoshoot, Underwater | Permalink | No Comments »
Mar27

Underwater Studio di akhbar Kosmo

Salam..

Alhamdulillah..kali ini kisah studio bawah air saya menambat hati dari pihak Kosmo untuk di terbitkan 3 mukasurat dalam ruangan Rencana Utama. Apa yang saya ingin katakan adalah ini adalah permulaan pertama saya dalam usaha mengembangkan studio bawah air di Malaysia. Insyaallah dengan berkat sokongan rakan-rakan dan keluarga saya akan cuba berusaha dengan lebih baik. Ramai diluar sana yang tidak mengetahui onak dan duri yang saya lalui dalam usaha mengembangkan studio bawah air ini. Ada juga teman-teman rapat dan jurugambar lain yang berkata-kata tentang usaha saya ini. Tidak kurang yang perli dan membandingkan saya dengan jurugambar studio bawah air dari negara lain yang hebat-hebat belaka. Saya hanya tersenyum. Semua itu sedikit pun tidak mematahkan semangat saya. Malah semua itu adalah inspirasi untuk saya berusaha dengan lebih lagi. Mujur ada sedikit sifat ‘Aku peduli apa’ dalam diri saya. Orang yang memusuhi kita adalah follower yang mengambil tahu tentang perkembangan kita. Jadi saya tidak perlu membalas apa-apa hanya teruskan usaha dan tunjukkan kebolehan saya yang telah di pinjamkan Tuhan. Biarkan mereka terus melihat kita dari jauh :-) . Tidak dilupakan juga buat semua rakan-rakan yang terlibat sama dalam usaha ini. Jasa anda tetap di kenang. Tanpa kalian tidak mungkin saya dapat melangkah ke peringkat ini. Terima kasih juga diucapkan kepada wartawan Kosmo iaitu En Amir.

 

Baca kisah selanjutnya di Kosmo Online

 

Napie Moksin

Professional Artist,Wedding & Underwater Studio Photographer
+6017-320.2044
Email: napie@napiemoksin.com

www.napiemoksin.com
blog.napiemoksin.com
twitter
facebook

A Members Of

Share
Posted by napiemoksin under Publish Works, Underwater | Permalink | No Comments »
Mar22

Underwater Studio Napie Moksin di Majalah Tekno247

Majalah Tekno247, sebuah majalah yang memberi informasi tentang teknologi terbaru bagi gajet kali ini telah memaparkan kisah ‘underwater studio’ saya. Kepada yang gila gajet, anda bolehlah melihat dan mengikuti perkembangan terkini dunia teknologi. Terima kasih Majalah Tekno247.
 
Sila klik untuk membaca kisah selanjutnya

 

Napie Moksin

Professional Artist,Wedding & Underwater Studio Photographer
+6017-320.2044
Email: napie@napiemoksin.com

www.napiemoksin.com
blog.napiemoksin.com
twitter
facebook

A Members Of

Share
Posted by napiemoksin under Publish Works, Underwater | Permalink | No Comments »
Mar8

Google Ranking

Salam..

Alhamdulillah hari ni 8 Mac 2012 saya cuba google dengan keyword ‘underwater studio’ dan resultnya benar2 mengejutkan saya.

 

Saya menduduki tempat ke enam dan ke tujuh daripada keseluruhan 28,800,000 juta.

 

 

Dan bila saya menggunakan keyword ‘malaysia underwater studio photographer’ pula keputusannya, saya jatuh di tempat pertama,kedua dan ketiga daripada keseluruhan 3,070,000 juta.

 

Napie Moksin

Professional Artist,Wedding & Underwater Studio Photographer
+6017-320.2044
Email: napie@napiemoksin.com

www.napiemoksin.com
blog.napiemoksin.com
twitter
facebook

A Members Of

Share
Posted by napiemoksin under Others, Underwater | Permalink | 2 Comments »
Mar1

Dinar..pelaburan emas yg menguntungkan untuk jangkamasa panjang

Salam…

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Tahukah anda bahawa kemerosotan nilai wang kertas (inflasi) yang berlaku di serata dunia pada hari ini seharusnya menjadi iktibar dan pedoman untuk menyimpan dan menambah simpanan emas sbg langkah berjaga-jaga di masa akan datang. Sekurang-kurangnya anda perlu memegang 10% – 15% pelaburan dalam bentuk emas samada dalam bentuk Gold Bar, Dinar atau barang kemas. Menyimpan emas dengan lebih banyak adalah berganda-ganda kebaikannya dari menyimpan wang kertas yang banyak.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..

Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?

Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.

Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?

Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, pada tahun 2010, harga emas = USD1,353.30 USD/Oz

dan pada Julai 2011, harga emas = USD1,600.10 USD/Oz

Cuba kita lihat dan nilaikanya sendiri peningkatan kenaikan harga emas di atas.Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.

Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!

Bagaimana hendak melabur dengan emas?

Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda.

 

Harga yang saya tawarkan adalah jauh lebih murah dari harga pasaran bank

 

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli dinar sila hubungi saya di talian 017-320 2044

 

 

Napie Moksin

Professional Artist,Wedding & Underwater Studio Photographer
+6017-320.2044
Email: napie@napiemoksin.com

www.napiemoksin.com
blog.napiemoksin.com
twitter
facebook

A Members Of

Share
Posted by napiemoksin under Others | Permalink | No Comments »