Underwater Studio – Talents Portfolio
Salam..
Ini adalah sesi underwater studio yang pertama dalam tahun ini. Sesi dimana saya offer kepada semua para talents tidak kira samada lelaki/perempuan/freehair atau bertudung untuk membuat portfolio masing-masing. Di dalam sesi ini saya tidak memberi mereka sebarang latihan. Jadi agak mencabar juga untuk para talents melakukan aksi yang tidak pernah dilakukannya seumur hidup. Mereka tidak diberi bantuan oksigen kerana mereka hanya perlu ‘naik turun naik turun’ di tepi wall kolam sahaja. Sesi kali ini saya telah berendam selama 9 jam iaitu dari jam 1 ptg hingga 9 mlm. Sejuk?Tak boleh nak kata lah..hanya mereka yang terlibat sahaja yang dapat melihat keadaan saya ketika itu. Tapi mujur saya tidak mengalami selsema dan demam kerana sebelum pergi ke lokasi saya telah pun mengambil sepaket supplement berjenama MAVELLOUS yang memang sangat mabelessss. Bukan sahaja dapat mengekalkan kulit dari tua tapi memberi kan saya tenaga.
Photoshoot kali ini telah disertai oleh Hafizah Hani, Carol, Alisha, Abby dan paling istimewa didatangkan khas dari Jakarta iaitu Yuli Astuti seorang pelakon sinetron Nada Cinta. Seperti tidak percaya yang beliau sanggup terbang ke Malaysia untuk menyertai photoshoot underwater saya kali ini. Katanya dia selalu mengikuti perkembangan saya di facebook terutama dalam underwater ini. Terima kasih buat Yuli. Saya sangat menghargainya. Hafizah Hani….tiada masalah ketika sesi dilakukan kerana beliau pernah melakukannya bersama saya sebelum ini. Carol pula ini adalah pengalaman pertama walaupun tidak begitu mahir berenang. Tetapi beliau terus mencuba dan ketika mula-mula beraksi memang kelihatan beliau begitu janggal. Alisha juga ini adalah pengalaman pertama. Pada mulanya masih kelihatan sukar tetapi setelah dalam tempoh 20 minit beliau dapat mencari rentak dan gaya. Abby satu-satunya talent yang bertudung,tidak tahu swim dan takut pada air. Tetapi beliau mempunyai semangat dan keinginan yang tinggi untuk mencuba walaupun ketika photoshoot dijalankan,beliau hampir-hampir muntah. Yuli Astuti sememangnya berbakat walaupun tidak pernah melakukan photoshoot di bawah air walau di Jakarta sekalipun dan saya tiada masalah langsung ketika bekerja dengannya.
Satu lagi pengalaman yang tidak dapat saya lupakan adalah inilah buat pertama kalinya saya photoshoot baby di dalam air. Kebetulan sahabat kepada pembantu saya datang untuk melihat dan membawa bersama anak buah nya. Jadi saya terangkan kepada beliau tentang fitrah baby yang sememangnya ajaib kerana kebolehannya menahan nafas dan berenang tanpa di suruh. Dan semua yang ada di situ sama-sama dapat menyaksikan keistimewaan yang ada pada baby. Mungkin selama ini mereka hanya melihat di majalah, kaca tv atau internet tapi kali ini live depan mata mereka. Malangnya photoshoot tidak dapat dilakukan dengan lebih lama kerana baby tersebut telah menangis kerana takut melihat saya memakai google dan keduanya tiba-tiba dimasukkan dalam air hihi. Sebenarnya untuk lebih menarik baby tersebut harus selalu di bawa swim supaya ia lebih tenang di dalam air.
Saya juga berpeluang photoshoot pasangan Hafiz dan Diana yang kebetulan adalah hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 6. Semoga terus kekal hingga ke akhir hayat.
Akhir kata saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama pembantu saya dan juga untuk semua para talents yang menyokong saya. Tidak lupa kepada penaja pakaian Yuli iaitu Siti Aisyah Masri


Photoshoot baby
Beberapa hasil dari sesi photoshoot

Yuli Astuti

Abby Yusof
Napie Moksin
Professional Artist,Wedding & Underwater Studio Photographer
+6017-320.2044
Email: napie@napiemoksin.com
www.napiemoksin.com
blog.napiemoksin.com
twitter
facebook
A Members Of

