Napie Moksin Photography
Creative – Unique – Style

May24

Underwater Studio – Wet Day

Salam..

Entry underwater saya kali ini adalah apa yang saya panggil sebagai ‘Wet Day’ yang telah berlangsung pada 19 May yang lalu. ‘Wet Day’ adalah hari dimana saya memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk merasai sendiri pengalaman bergambar di dalam air dengan dikenakan caj setiap sesi serendah RM150 sahaja tetapi duration masa setiap sesi hanyalah 30 minit sahaja. Ini adalah harga yang saya offer buat kali pertama dan terakhir. Terdapat lapan slot keseluruhannya iaitu 5 orang talent dan 3 couple. Photoshoot yang sepatutnya bermula pada jam 2 ptg telah mengalami kelewatan selama 2 jam. Photoshoot di mulakan pada jam 4 ptg tapi terdapat masalah yang timbul iaitu apabila regulator saya gagal berfungsi dengan baik. Saya dah membayangkan untuk melayan 8 slot tanpa scuba..huhu..Sesi pertama dirasmikan oleh Sharinie Sharif dengan saya tanpa alat scuba.Beliau tidak banyak masalah beraksi walaupun tidak pernah melakukan fotografi bawah air sebelum ini. Sememangnya saya boleh katakan sangat berbakat kerana beliau mampu menahan nafas agak lama dan kelihatan tenang berposing di dalam air.
Sesi kedua pula adalah pasangan Lydia dan Nor Azmi. Kali ini saya menggunakan scuba yang dipinjamkan oleh rakan saya Ariffin Aris yg kebetulan pada masa itu melakukan photoshoot juga di kolam yg sama. Terima kasih Ipin. Walaupun tidak begitu mahir berenang tetapi mereka mampu lakukan aksi-aksi terbaik. Maklumlah kedalaman pool yang saya gunakan dapat memberi keselesaan pada mereka berdua. Apa yang menarik mereka juga membawa beberapa props untuk dibawa bersama ketika dalam air.
Pasangan kedua pula adalah Ayunee dan Izwan. Izwan mengenakan pakaian traditional Melayu iaitu bersongkok dan bersamping manakala Ayunee pula kebaya. Kedua-duanya juga tidaklah begitu mahir berenang tapi dapat melakukan aksi terbaik juga. Bukan mudah memakai songkok di dalam air kerana beberapa kali saya melihat ia tertanggal dari kepala Izwan bila masuk dalam air saja hihi.
Sesi ketiga pula adalah talent Grace Christy Paruntu dari Tawau Sabah yang di bawa oleh makeup artist dan stylish Nas En Ka(juga dari Sabah Bah). Sesi pertama Grace menggayakan gown wedding yang sangat cantik. Saya sendiri teruja melihat dengan mata kasar dari dalam air akan kecantikannya. Walaupun beliau belum mampu memberikan yg terbaik tp pada saya oklah coz itu pengalaman kedua melakukan underwater. Pengalaman pertama pun hanya belajar scuba yang telah di tunjuk ajar oleh rakan saya Burn Kamal Thris. Jika diberi peluang melakukan underwater 2 hingga 3 kali beliau akan mampu memberikan aksi2 terbaik. Beliau perlu belajar cara menahan nafas lebih lama dan menjadi tenang di dalam air. Sekali lagi saya teruja apabila Nas En Ka melepaskan rambut Garce. Saya rasa rambutnya mencecah ke paras lutut jika beliau berdiri. You all bayangkan lah bagaimana beralunnya di dalam air.
Sesi seterusnya pasangan Azreen dan Aidilaslan. Azreen tidak tahu berenang manakala Aidil pula seorang yg mahir berenang. Baru sahaja beberapa minit dimulakan Azreen dah kelihatan semput.Rupa-rupanya beliau punya penyakit semput. Ini membuatkan saya memberhentikan serta merta kerana tidak mahu mengambil risiko. Kemudian kami beralih ke paras kedalaman 4 kaki itu pun hanya sebentar sahaja kerana kesihatan Azreen yang tidak mengizinkan. Apapun saya memuji keberanian dan semangat Azreen kerana cukup berani mengambil risiko.
Sesi berikutnya adalah Misha Musa dan ketika ini sudah jam 8.15 malam. Misha salah seorang dari talent yang bertudung dan antara yang paling awal datang. Bayangkan sepatutnya slot beliau pada sekitar 5 ptg tapi telah tiba pada seawal jam 12.30 tgh hari dan giliran photoshoot pula pada jam 8.15 malam. Kesian tunggu lama hihi. Beliau mendapat sentuhan Rita Rahman. Tapi apapun beliau mampu beraksi dengan baik walaupun pengalaman pertama dengan pakaian yang dikenakan itu agak menyukarkan utk berposing dalam air.
Grace Christy mengambil alih sesi sekali lagi tapi kali ini dengan berkonsepkan ‘Ballet’. Kali ini kembali saya melakukan photoshoot tanpa alat scuba kerana rakan saya Ariffin Aris mengambilnya kembali yg mana sesi beliau telah tamat dan ingin pulang. Seterusnya seorang lagi talent berhijab iaitu Fienaz. Ketika ini jam telah pun ke pukul 9.50 malam. Fienaz juga tidak punya masalah berposing walaupun ia pertama kali.

Talent terakhir adalah Hafizah Hani yg mana ini merupakan kali ketiga beliau melakukan underwater bersama saya. So sememangnya beliau tidak punya masalah. Untuk sesi beliau saya beralih ke paras yang paling dalam dan ketika ini jam dah pun tepat 10.45 malam huhu. Ini adalah sesi yg membuatkan tenaga saya begitu lemah. Mana taknya, pd kedalaman hampir 2 meter tanpa alat scuba adalah perkara yg sgt meletihkan kerana dalam masa yg sama saya perlu memegang kamera dan mengayuh kaki untuk terapung. Ketika ini saya di bantu oleh Sam yang mana beliau mengambil pelampung bagi menyokong saya di permukaan air. Keletihan yg melampau membuatkan saya tidak dapat fokus pada photoshoot dan saya tamatkan pada jam 11.30 malam. Pengalaman pertama saya menghabiskan sesi hingga ke lewat malam. Hanya mereka yg berada disana sahaja yg dapat melihat keadaan saya ketika itu dengan tapak tangan yang benar-benar menjadi kedut dan pucat. Apapun saya bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dan ucapan terima kasih saya kepada semua yang terlibat kerana memberi sokongan. Jutaan terima kasih juga saya kepada pembantu saya Sham. Maaf sekiranya terdapat kekurangan yang tidak disengajakan. Alhamdulilah rata-rata semua peserta yang sebelum ini dengan pelbagai alasannya spt tidak tahu berenang,takut air dn sebagainya memberitahu saya yang mereka teruja untuk melakukannya lagi..Sangat seronoknya katanya hihi..orang kata tak kenal maka tak cinta kan hehe..

Kepada anda diluar sana yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman fotografi di dalam air atau untuk membuat portfolio model,pre atau post wedding,family portrait,baby,graduasi boleh lah rujuk pada poster ‘Wet Day Session 2′ di bawah ini. Jangan lupa call atau email untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 

Sesi kedua pasangan Lydia dan Nor Azmi

Saya dan Izwan

Nas En Ka memberi arahan pada Grace

Pasangan Azreen dan Aidilaslan

Misha Musa

 

 

 

Beberapa hasil dari sesi photoshoot dan testimonial dari mereka:

Satu pengalaman yang sangat menyeronokkan.Saya memang dah lama inginkan portfolio underwater dr saudara Napie Mokhsin…n impian saya menjadi kenyataan. Sesuatu yang lain dari yang lain dan untuk lakukan nya… dari pengalaman yang saya yang kali permata mencuba underwater photoshoot..tidaklah susah seperti yang digambarkan. Paras kedalaman kolam cukup selesa pada saya untuk posing…yang penting kita cukup relax n bersedia.

Saya sendiri tidaklah pandai sangat berenang dan memang menghidap asthma..namun tidak bermasalah untuk melakukan nya.
Tips yg saya sendiri cuba untuk nampak relax n mampu memberi pose dgn selesa semasa di dalam air adalah dengan bernafas setenang yang mungkin dan tidak menyimpan udara dlm peparu sblm masuk dlm air…supaya saya mudah untuk tenggelam n muka lebih relax semasa pose dlm air…hehehe..jgn risau untuk mencuba sbb anda tidak berseorangan dalam kolam tu…takkan lemas punya sbb kolam x dalam..senang citer…bleh cecah kaki lagi…
Hasilnya saya sangat berpuas hati…thanks pada saudara Napie Mokhsin atas peluang ini…love it !!!

MMg best gilerr wat photoshoot underwater neh..mula2 jer rasa ‘nebes’ tp once kita dah masuk dlm air dan possing2 depan kamera,tetiba rasa teruja sesangat!!Sy mmg tak pandai berenang sgt,tp sy tak bimbang langsung sbb pool tu tak lah dlm pon..ada sesetengah shoot sy yg i create sendiri,dan ada sesetengah possing pula napie yg suggestkan,n hasilnya..?walaweyyy..!!!its so amazing…!!!! mmg nk wat lagi dan lagi dan lagi lepas neh….!!!barulah adventure n lain dari yg lain!!!Totally,sy mmg berpuas hati..!thanx to napie moksin for the great experience!!!

My testimonial? 1st, this is totally unforgettable experience utk sy dan en.tunang. mula2 cm xcya dgn price yg di iklankan tu. ‘biar betol.. RM150??’ lps contact dgn abg napi, n he confrm it, trus cpt2 register.. actually x cnfident sgt. sbb sy mmg xpandai berenang,tp why not we try.. and we r so EXCITED!2nd, pada hari kejadian.. mula2 nerves, sbb 1stime photoshoot bersama en.tunang n wat underwater pulak tuuuu.. bila dh masuk dlm air, perasan brtukar jd seronok. en.tunang nmpk cool, padahal die yg ssh tenggelam, asyik timbul jer.. tingal sy sorg2 kt dlm. then dengan songkok yg asyik terbang. hahaha sgt kelakar.. lps beberapa minit, baru kami dpt suaikan diri n control pernafasan. paling penting tenang n jgn panik.. klu x akan byk trtelan air. heee and 1 more, jga mekap! jgn gatal tgn g kesat mata evrytime kuar dr prmukaan air utk amek udara. habis comot nnti. terima kasih pd abg napie yg byk bantu kami bg mndapatkan pose2 yg menarik. penat jgk die nk arahkan sy yg degil ni hehehe..

3rd, outcome n the result are marvelous!! ppl keep asking me, cantiknye..korng ke tu? dalam air ke tu? mahal x? sape photographer? and honestly, kitorng mmg sgt puas hati dgn hasil kerja abg napie..die sgt professional n committed ngn keje. big thanks kpd Napie Mokhsin sbb bg peluang yg sgt brharga ni.Its been a real pleasure to work with you. =)

 

 

 

 

Napie Moksin
Creative – Unique – Style

Professional Artist,Wedding & Underwater Studio Photographer
+6017-320.2044
Email: napie@napiemoksin.com

www.napiemoksin.com
blog.napiemoksin.com
twitter
facebook

A Members Of

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Posted by napiemoksin under Photoshoots, Underwaters | Permalink

5 Responses to “Underwater Studio – Wet Day”

  1. Hafizah Hani says:

    1st time tau psl UW ni mmg gile semangat…xrisau xtakut cuma risau boleh ke tahan mata dlm air? hehe then my turn pula tuk masuk air.masa tu pun Napie da letak backdrop dkt 1.8m pool..dlm jugak..tp sy boleh swim..& byk buat research..1st outcome UW mmg terbaik..smp semua org pun xpercaya yg sy berani shoot macam ni sbb ramai dikalangan saya yg takut dgn air..jadi ini peluang yg baik untuk saya. hehe.

    2nd Promo dari Napie pun saya join juga..sbb saya sangat selesa berada di dalam air & bekerja dgn Napie..Kali ni saya bermain dgn colors dlm air..LOVE3X the pictures.

    3rd Promo…saya ingat da nk stop..tp 1 of my friend ( Farah Che Mansor)xdpt buat on that day so dia serahkan duty itu pada saya..time ni slot saya mmg cun pukul 9pm rasanya sbb Napie nak cuba di tempat pool dalam & hanya bermain dgn lampu dr pool itu sendiri.

    UW photoshoot adalah 1 pengalaman yg mmg best & rare! x semestinya takut pada air, x pandai berenang bermakna tak boleh..itu la cabaran yg perlu org di luar sana ambil bagi membuktikan yg sebenarnya kita boleh!

  2. Ayunee says:

    my testimonial? 1st, this is totally unforgettable experience utk sy dan en.tunang. mula2 cm xcya dgn price yg di iklankan tu. ‘biar betol.. RM150??’ lps contact dgn abg napi, n he confrm it, trus cpt2 register.. actually x cnfident sgt. sbb sy mmg xpandai berenang,tp why not we try.. and we r so EXCITED!

    2nd, pada hari kejadian.. mula2 nerves, sbb 1stime photoshoot bersama en.tunang n wat underwater pulak tuuuu.. bila dh masuk dlm air, perasan brtukar jd seronok. en.tunang nmpk cool, padahal die yg ssh tenggelam, asyik timbul jer.. tingal sy sorg2 kt dlm. then dengan songkok yg asyik terbang. hahaha sgt kelakar.. lps beberapa minit, baru kami dpt suaikan diri n control pernafasan. paling penting tenang n jgn panik.. klu x akan byk trtelan air. heee and 1 more, jga mekap! jgn gatal tgn g kesat mata evrytime kuar dr prmukaan air utk amek udara. habis comot nnti. terima kasih pd abg napie yg byk bantu kami bg mndapatkan pose2 yg menarik. penat jgk die nk arahkan sy yg degil ni hehehe..

    3rd, outcome n the result are marvelous!! ppl keep asking me, cantiknye..korng ke tu? dalam air ke tu? mahal x? sape photographer? and honestly, kitorng mmg sgt puas hati dgn hasil kerja abg napie..die sgt professional n committed ngn keje. big thanks kpd Napie Mokhsin sbb bg peluang yg sgt brharga ni.Its been a real pleasure to work with you. =)

  3. Shinie says:

    Satu pengalaman yang sangat menyeronokkan.Saya memang dah lama inginkan portfolio underwater dr saudara Napie Mokhsin…n impian saya menjadi kenyataan. Sesuatu yang lain dari yang lain dan untuk lakukan nya… dari pengalaman yang saya yang kali permata mencuba underwater photoshoot..tidaklah susah seperti yang digambarkan. Paras kedalaman kolam cukup selesa pada saya untuk posing…yang penting kita cukup relax n bersedia. ;)
    Saya sendiri tidaklah pandai sangat berenang dan memang menghidap asthma..namun tidak bermasalah untuk melakukan nya.
    Tips yg saya sendiri cuba untuk nampak relax n mampu memberi pose dgn selesa semasa di dalam air adalah dengan bernafas setenang yang mungkin dan tidak menyimpan udara dlm peparu sblm masuk dlm air…supaya saya mudah untuk tenggelam n muka lebih relax semasa pose dlm air…hehehe..jgn risau untuk mencuba sbb anda tidak berseorangan dalam kolam tu…takkan lemas punya sbb kolam x dalam..senang citer…bleh cecah kaki lagi…
    Hasilnya saya sangat berpuas hati…thanks pada saudara Napie Mokhsin atas peluang ini…love it !!!

  4. Lydia says:

    MMg best gilerr wat photoshoot underwater neh..mula2 jer rasa ‘nebes’ tp once kita dah masuk dlm air dan possing2 depan kamera,tetiba rasa teruja sesangat!!Sy mmg tak pandai berenang sgt,tp sy tak bimbang langsung sbb pool tu tak lah dlm pon..ada sesetengah shoot sy yg i create sendiri,dan ada sesetengah possing pula napie yg suggestkan,n hasilnya..?walaweyyy..!!!its so amazing…!!!! mmg nk wat lagi dan lagi dan lagi lepas neh….!!!barulah adventure n lain dari yg lain!!!Totally,sy mmg berpuas hati..!thanx to napie moksin for the great experience!!!

  5. Nas E nka says:

    It’s great having work with u Napie, i saw how commited you are on your job.. The truly is.. great picture’s comes from it. Good luck and thank u so much for ur cooperation doing your job together with me..

Leave a Reply